Info Pembinaan Aplikasi Inventori Personaliti Sidek

Inventori Personaliti Sidek adalah aplikasi yang dibangunkan oleh E Skills Productions untuk peranti Android. Aplikasi ini bertujuan membantu para pelajar mahupun para graduan untuk menilai personaliti mereka selaras dengan minat dan bidang kerjaya yang bakal dipilih.

Ciri-Ciri Aplikasi

  • Ujian Inventori Personaliti Sidek
  • Maklumat Inventori Personaliti Sidek

Ujian Inventori Personaliti Sidek

Aplikasi ini menyediakan ujian Inventori Personaliti Sidek secara interaktif yang lengkap untuk anda ketahui personaliti. Pengguna dapat melakukan ujian dengan mudah melalui aplikasi ini dan memasukkan butiran skor di dalam jadual yang disediakan.

Maklumat Inventori Personaliti Sidek

Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan maklumat tentang skor yang diperoleh oleh setiap pengguna secara berstruktur dan teratur. Ini bagi memastikan pengguna berupaya meneliti personaliti mereka dengan lebih mudah dan terperinci.

Aplikasi Inventori Personaliti Sidek yang dibangunkan oleh E Skills Productions bertujuan untuk memudahkan pengguna terutamanya para pelajar menengah, pelajar di institusi pengajian dan kolej agar dapat memastikan bidang kerjaya mereka selari dengan minat dan personaliti mereka. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka memastikan bidang pengajian dan kerjaya mereka adalah bersesuaian dan serasi dengan diri mereka.

SkillsPembinaan Apps / iOS / Android