Web Design untuk klien Akademi al Ghazali. Rekaan laman web akademi berserta dengan fungsi lengkap sistem donasi.
E Skills Productions menyediakan perkhidmatan rekaan laman web korporat kepada Akademi al Ghazali, sebuah pusat pendidikan yang terletak di Bandar Baru Nilai. Kami memahami kepentingan kehadiran digital yang profesional dan menarik untuk mempromosikan jenama akademi ini.
Kami merancang dan membina laman web yang menarik dan estetik untuk Akademi al Ghazali. Laman web ini dibina untuk memperkenalkan Akademi ini yang beroperasi tanpa bermotifkan keuntungan. Rekaan laman web ini akan menampilkan identiti akademi ini dengan berkesan dan menyediakan pengalaman pengguna yang lancar.
Kami memasukkan sistem donasi dalam laman web Akademi al Ghazali. Sistem ini membolehkan pengunjung untuk melakukan derma secara atas talian terus ke dalam akaun Akademi.
Kami juga memberikan khidmat photoshoot kepada semua kakitangan pengurusan, guru, pelajar dan lokasi Akademi. Ia bertujuan mencipta imej korporat kepada akademi ini.
E Skills Productions berkomitmen untuk memberikan rekaan laman web korporat yang berkualiti tinggi kepada Akademi al Ghazali. Kami mengutamakan kepuasan pelanggan dan berusaha untuk memberikan penyelesaian digital yang menyokong pertumbuhan dan promosi pusat pendidikan ini. Dengan rekaan laman web yang menarik, sistem donasi secara atas talian, serta gambar profail korporat, Akademi al Ghazali dapat meningkatkan kehadiran digital mereka dan memperluas jangkauan pasaran jenama mereka.