Jenis Video Produk

Jenis produksi video produk yang ditawarkan pihak kami.

Kami menyediakan beberapa konsep produksi video produk yang pernah kami tawarkan kepada pelanggan kami sebelum ini. Pembahagian konsep produksi video produk ini akan memudahkan anda mengetahui jenis projek video yang anda ingini untuk produk anda.

Apabila bakal pelanggan anda tidak dapat melihat barang anda secara langsung, maka video produk ini menjadi alat terbaik untuk memberikan gambaran awal tentang produk anda. Ia sememangnya tidak ternilai harganya.

Video eCommerce

Video Penjenamaan Produk

Video Penjenamaan Produk

Video Explainer

Video Explainer

Video Proses Kerja

PRODUKSI VIDEO
PRODUK

Produksi Video MyEskills ​​menawarkan khidmat juruvideo profesional untuk rakaman video produk anda. Video merupakan medium penting dalam dunia pemasaran hari ini. Malah, penggunaan video dalam strategi pemasaran terbukti lebih berkesan dan dapat meningkatkan jumlah pengikut dengan lebih cepat.

Malah, video produk yang cantik dan berkualiti juga, dapat membantu menjadi agen viral kepada perniagaan anda. Jika anda sudah melabur ribuan ringgit untuk produk anda, maka video produk yang berkualiti dan terbaik tidak ternilai harganya.

Cara Berurusan

Langkah dan proses untuk menggunakan perkhidmatan kami.

LAKUKAN TEMPAHAN

Bersama Kami

1. Masukkan jumlah gambar yang anda perlukan dalam gaya tertentu dan klik "Tambah ke Troli".

2. Ulangi untuk setiap gaya gambar yang anda perlukan, teruskan ke kad dan pembayaran

POS PRODUK ANDA

Kepada Kami

1. Hantar produk anda ke studio kami.

2. Anda juga boleh menurunkan (drop off) atau menghantar produk ke alamat yang disediakan dalam e-mel pengesahan pesanan.

BERIKAN ARAHAN

Kepada Jurugambar Kami

Setelah anda membuat pesanan, jadualkan panggilan dan berikan arahan anda terus kepada jurugambar.

PENGHANTARAN

Foto atau Video

1. Setelah pesanan anda selesai, anda akan menerima e-mel.

2. Anda boleh Log masuk ke akaun anda untuk menyemak dan memuat turun gambar / video anda.

VIDEO PRODUK
eCOMMERCE

Khidmat Produksi Video Produk eCommerce.

Sekiranya anda sedang mencari produksi Video Produk eCommerce untuk laman web edagang atau Shopee anda, maka tawaran ini adalah untuk anda. Tawaran video demo produk ini merangkumi semua yang anda perlukan untuk meningkatkan jualan produk anda.

Anda akan menerima video profesional yang dirakam menggunakan pencahayaan studio profesional. Kami akan membantu anda dengan lakon layar dan mencari serta menggunakan muzik latar tanpa bayaran tambahan. Tawaran ini juga merangkumi latar belakang putih yang terbukti dapat memastikan prospek anda lebih fokus pada produk anda.

PENJENAMAAN
PRODUK

Khidmat Produksi Video Penjenamaan Produk.

Video penjenamaan produk merujuk kepada video yang dirakam dalam bentuk BROLL Cinematic. Ia merupakan video yang paling hangat waktu ini. Ini disebabkan oleh elemen viral dan engagement yang tiggi jika dihasilkan video penjenamaan produk secara cinematic.

Anda perlu melihat video ini sebagai satu alat untuk menjaga hubungan dengan pelanggan anda. Video sebegini boleh meningkatkan engagement bersama pelanggan anda jika diletakkan di laman web dan media sosial.

Kami tahu bagaimana caranya untuk anda meningkatkan kesedaran tentang produk jenama anda dengan cara yang terbaik.

VIDEO
EXPLAINER

Khidmat Produksi Video Explainer.

Video explainer ini merupakan video yang sering di letakkan di halaman utama web, salespage atau landing page. Video ini perlu pendek, ringkas, menarik dengan penjelasan yang terang.

Video explainer ini selalunya dihasilkan secara animasi. Di mana ia dapat dihasilkan dengan jangka masa yang pendek. Namun, anda perlu memastikan bahawa video explainer anda mampu menjelaskan tentang konsep dan objektif bisnes anda kepada pelanggan.

Video explainer ini juga mampu membina jenama perniagaan anda.

VIDEO
PROSES KERJA

Khidmat Produksi Video Proses Kerja.

Video proses atau dikenali juga sebagai video proses kerja merupakan video yang memaparkan tugasan kerja harian anda. Ia amat sesuai jika perniagaan anda adalah memberikan servis kepada pelanggan.

Dengan rakaman video ini, bakal pelanggan akan dapat melihat rutin kerja anda setiap hari. Contohnya, servis gunting rambut, tukang perabot, tukang rumah dan sebagainya.

Melalui video ini, bakal pelanggan anda dapat melihat kemahiran dan kepakaran anda yang boleh ditawarkan kepada mereka. Video proses kerja ini perlu dilakukan dengan selitan interview, suara latar dan juga rakaman BROLL cinematic.

Soalan Lazim (FAQ)

Ya! Kami mempunyai platform eCommerce terbaik yang memaparkan semua harga perkhidmatan kami di laman web. Hanya pergi ke halaman “Shop Sekarang”, buat akaun percuma, periksa harga dan lakukan pesanan! Sebagai alternatif, Anda boleh meminta sebut harga dengan mengklik butang di bahagian atas setiap halaman.

Kami menerima semua pembayaran menggunakan Online Perbankan Malaysia, FPX, kad kredit utama termasuk Visa, dan Mastercard. Anda boleh membayar secara dalam talian melalui laman web.

Ya. Anda akan memiliki 100% hak cipta bukan eksklusif! Anda boleh menggunakannya di mana sahaja anda perlukan dan untuk jangka masa yang tidak terbatas!

Ya, semua video akan dihantar dalam format FULL HD iaitu 1080p.

Kesemua video yang sudah siap disunting akan diberikan kepada anda dalam format .mp4

Sekiranya anda memerlukan produk kembali, anda mesti memilih pilihan yang sesuai semasa pembayaran dan menyertakan label penghantaran balik produk semasa penghantaran kepada kami.

You've just added this product to the cart: