
Jenis Video Presentasi
Jenis produksi video presentasi yang ditawarkan pihak kami.
Kami menyediakan beberapa konsep produksi video presentasi yang pernah kami tawarkan kepada pelanggan kami sebelum ini. Pembahagian konsep produksi video presentasi ini akan memudahkan anda mengetahui jenis projek video yang anda ingini.

Video Instruksi

Video Demo

Video Bicara
PRODUKSI VIDEO
PRESENTASI
Produksi Video Presentasi E Skills menawarkan khidmat juruvideo profesional untuk rakaman video demo anda. Sebagaimana yang anda sedia maklum, video merupakan medium penting dalam dunia pemasaran hari ini. Malah, penggunaan video dalam strategi pemasaran terbukti lebih berkesan dan dapat meningkatkan jumlah pengikut dengan lebih cepat.
Malah, dalam dunia hari ini, anda perlu menunjukkan kepakaran anda sebelum pengguna menaruh kepercayaan kepada perkhidmatan yang anda berikan. Justeru, video presentasi adalah salah satu strategi yang berkesan untuk mencipta nama anda di dunia perniagaan hari ini.
Malah, video presentasi yang cantik dan berkualiti juga, dapat membantu menjadi agen viral kepada perniagaan anda. Jika anda sudah melabur ribuan ringgit untuk produk anda, maka video presentasi yang berkualiti dan terbaik tidak ternilai harganya.
Cara Berurusan
Langkah dan proses untuk menggunakan perkhidmatan video instruksi kami.
MOHON QUOTATION
Bersama Kami
2. Masukkan butiran yang diingini di dalam borang quotation yang disediakan.
PERBINCANGAN LANJUT
Dengan Kami
1. Perbincangan diteruskan melalui WhatsApp.
2. Kesepakatan berkenaan konsep video, bajet dan lokasi dimeterai.
SESI PENGAMBARAN
Dilakukan Kami
Sesi pengambaran bermula seperti yang dipersetujui.
PENGHANTARAN
Video
1. Setelah video anda selesai, anda akan menerima e-mel dan whatsapp.
2. Anda boleh Log masuk ke akaun anda untuk menyemak dan memuat turun video anda.
Jika anda mempunyai produk, video instruksi merupakan video yang amat berguna kepada perniagaan anda. Dengan menghasilkan video instruksi seperti bagaimana cara untuk memasang, mengguna dan menyelenggara produk anda, ia membantu mengurangkan pertanyaan dan soalan daripada pelanggan anda.
Hari ini, instruksi dalam bentuk dokumen tidak lagi dibaca oleh pengguna. Ini kerana, bukan sahaja dokumen itu perlu diselak satu per satu, malah proses mengikutinya juga agak menyukarkan terutamanya kepada pelajar visual (visual learner).
Jadi, dengan adanya video instruksi, ia bukan sahaja membantu pengguna, malah ia akan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap jenama dan perniagaan anda.
Video demo merupakan video yang popular di sosial media dan youtube zaman ini seperti video demo masakan, video demo kraf dan video demo solekan. Video demo ini boleh menjadi viral sekiranya konsep demo anda unik dan lain daripada yang lain.
Malah, video demo ini juga boleh digunakan sebagai alat pemasaran yang berkesan untuk mengetengahkan diri anda sebagai seorang pengusaha produk. Bagaimana caranya? Contohnya, anda sebagai pengusaha produk makanan boleh menghasilkan demo masakan dengan menjemput chef-chef terkenal menunjukkan demo menghasilkan apa jua resepi menggunakan produk anda. Ia secara langsung menarik perhatian penonton untuk menggunakan produk anda dalam menghasilkan menu resepi yang sama.
Adapun, video demo yang cantik dan berkualiti dengan suntingan audio yang jelas, merupakan antara perkara yang perlu dititikberatkan bagi membezakan hasil video demo profesional dan amatur. Ini kerana video demo secara profesional dapat meningkatkan keyakinan penonton terhadap jenama produk dan perniagaan anda.
Video bicara merupakan antara video produksi kami. Video bicara ini berguna kepada indvidu yang ingin mengetengahkan kepakaran mereka dalam bidang-bidang softskills seperti motivasi, keagamaan dan sebagainya.
Setiap video bicara kami dihasilkan secara cinematic dengan menggunakan video kamera pelbagai sudut. Dengan ini kandungan video bicara anda menjadi lebih menarik dan tidak bosan biarpun anda membincangkan topik-topik yang berat.
Soalan Lazim (FAQ)
Ya! Kami mempunyai platform eCommerce terbaik yang memaparkan semua harga perkhidmatan kami di laman web. Hanya pergi ke halaman “Shop Sekarang”, buat akaun percuma, periksa harga dan lakukan pesanan! Sebagai alternatif, Anda boleh meminta sebut harga dengan mengklik butang di bahagian atas setiap halaman.
Kami menerima semua pembayaran menggunakan Online Perbankan Malaysia, FPX, kad kredit utama termasuk Visa, dan Mastercard. Anda boleh membayar secara dalam talian melalui laman web.
Ya. Anda akan memiliki 100% hak cipta bukan eksklusif! Anda boleh menggunakannya di mana sahaja anda perlukan dan untuk jangka masa yang tidak terbatas!
Ya, semua video akan dihantar dalam format FULL HD iaitu 1080p.
Kesemua video yang sudah siap disunting akan diberikan kepada anda dalam format .mp4
Sekiranya anda memerlukan produk kembali, anda mesti memilih pilihan yang sesuai semasa pembayaran dan menyertakan label penghantaran balik produk semasa penghantaran kepada kami.