
Jenis Video Korporat
Jenis produksi video korporat yang ditawarkan pihak kami.
Kami menyediakan beberapa konsep produksi video korporat untuk agensi berkanun mahupun swasta. Pembahagian konsep produksi video korporat ini akan memudahkan anda mengetahui jenis projek video yang anda ingini untuk agensi anda.

Video Interview

Video Event

Video Profail

Video Seni Bina
PRODUKSI VIDEO
KORPORAT
Produksi Video Korporat E Skills menawarkan khidmat juruvideo profesional untuk rakaman video korporat yang meliputi video interview, apa jua video event serta program anjuran syarikat, video profail syarikat, video teaser syarikat dan juga video senibina dan dekorasi dalaman.
Rakaman video korporat memerlukan kepakaran dan pengalaman terutamanya apabila ia melibatkan unsur happening dan moment dalam setiap rakaman. Jadi, inilah kelainan yang bakal kami berikandi E Skills Productions. Kami menitik beratkan situasi happening dan moment dalam setiap rakaman video korporat kami. Malah, ia berjaya memberikan impak yang sangat positif kepada pelanggan kami.
Cara Berurusan
Langkah dan proses untuk menggunakan perkhidmatan video korporat kami.
MOHON QUOTATION
Bersama Kami
2. Masukkan butiran yang diingini di dalam borang quotation yang disediakan.
PERBINCANGAN LANJUT
Dengan Kami
1. Perbincangan diteruskan melalui WhatsApp.
2. Kesepakatan berkenaan konsep video, bajet dan lokasi dimeterai.
SESI PENGAMBARAN
Dilakukan Kami
Sesi pengambaran bermula seperti yang dipersetujui.
PENGHANTARAN
Video
1. Setelah video anda selesai, anda akan menerima e-mel dan whatsapp.
2. Anda boleh Log masuk ke akaun anda untuk menyemak dan memuat turun video anda.
Video interview atau temuramah merupakan video produksi yang dapat mema.
Krew produksi kami akan melakukan sedikit penambahan di set lokasi seperti menyusun atur gubahan & dekorasi dalaman, prop yang menarik serta susun atur set untuk menampakkan rakaman video lebih cinematic seperti filem. Ia akan disesuaikan dengan tema topik pembelajaran yang bakal anda sampaikan.
Perlu diingatkan bahawa hasil video tutorial yang jelas, suntingan cinematic, serta audio berkualiti merupakan tarikan untuk melariskan video tutorial kursus online anda.
Video event atau video acara korporat adalah trend yang semakin meningkat yang digunakan syarikat untuk bertemu dengan sekumpulan besar kenalan. Videografi acara korporat mempunyai impak yang besar kerana ia dihasilkan bukan sahaja untuk tontonan dalaman tetapi juga untuk hebahan kepada masyarakat luar.
Justeru, krew produksi kami dapat merakam event anda dan menghasilkan video terbaik untuk kegunaan anda, sama ada acara penganjuran bahan promosi, atau menyambut hari istimewa. Krew produksi video kami akan merakam event anda dengan lancar sambil menekankan setiap momen istimewa, setiap ucapan hebat, dan setiap gelak tawa ketika acara.
Video profail korporat merupakan video yang memaparkan tentang kekuatan dan kredibiliti perniagaan anda. Malah, video profail juga dapat memberitahu kepada umum tentang visi dan misi perniagaan anda.
Jadi, krew produksi video kami mampu menghasilkan video korporat mengikut konsep dan permintaan anda. Ini kerana sebelum bermulanya rakaman produksi video, krew kami akan berbincang, merancang dan menyusun atur setiap sesi pengambaran agar mengikut kehendak dan spesifikasi yang anda inginkan.
Video seni bina adalah video yang merakam kecantikan dan kemewahan sesuatu binaan seperti hotel dan pusat peranginan. Di mana pengunjung pasti ingin mengetahui samada penginapan mereka selesa, mewah dan menyeronokkan.
Kami tahu dengan tepat apa yang diperlukan untuk membuat pengunjung ingin menginap di hotel anda. Ini kerana untuk mewujudkan kesan persekitaran yang menenangkan dan santai, krew produksi kami mengambil video suasana hotel anda.
Soalan Lazim (FAQ)
Ya! Kami mempunyai platform eCommerce terbaik yang memaparkan semua harga perkhidmatan kami di laman web. Hanya pergi ke halaman “Shop Sekarang”, buat akaun percuma, periksa harga dan lakukan pesanan! Sebagai alternatif, Anda boleh meminta sebut harga dengan mengklik butang di bahagian atas setiap halaman.
Kami menerima semua pembayaran menggunakan Online Perbankan Malaysia, FPX, kad kredit utama termasuk Visa, dan Mastercard. Anda boleh membayar secara dalam talian melalui laman web.
Ya. Anda akan memiliki 100% hak cipta bukan eksklusif! Anda boleh menggunakannya di mana sahaja anda perlukan dan untuk jangka masa yang tidak terbatas!
Ya, semua video akan dihantar dalam format FULL HD iaitu 1080p.
Kesemua video yang sudah siap disunting akan diberikan kepada anda dalam format .mp4
Sekiranya anda memerlukan produk kembali, anda mesti memilih pilihan yang sesuai semasa pembayaran dan menyertakan label penghantaran balik produk semasa penghantaran kepada kami.